Blogger Templates

Pages

Sunday, May 27, 2012

JEMPUTAN

Assalamualaikum..

27hb.mei,2012 ada 3 jemputan
Tapi acik sempat pergi 2 majlis sahaja
Majlis pertama disini
Sedara sekampung yang dah menetap diKajang
 Pelamin Yang cantik.
acik dah nak balik baru pengantin sampai
acik ngan kakak pada mak pengantin
 Kawan sekolah acik dari darjah satu sampai tingkatan 5.
mak saudara pengantin jugak ni.
 sama sama pi jemputan zino ngan mem dan adik,sedang menjamu selera.
Tak sah kalau tak  dokong baby,
nasib baik baby ni lom pandai cakap.kalau tidak baby panggil acik onyang tau
aduhai..kalau selama ni acik rasa dah tua..tapi sekarang laaagggiiii rasa dah tua sangat..he he.

Menu yang sangat sedap
macam macam ada ,sambal tempoyak,
sambal belacan,ayam, daging dah tentu ada.
masak lemak cili api cendawan ngan udang
ada laksa johor, ada bubur jagung..cendol jugak,
pulut kuning ngan rendang dan sambal tumis.
tak dapt nak rasa semua
dah kenyang,
bila  sampai rumah kedua,
acik hanya mampu makan buah je.

ok lah jumpa lagi,Insyaallah.



Saturday, May 26, 2012

LICIN SEMUA-ALHAMDULILLAH

Assalamualaikum


terima kasih pada semua yang meninggalkan
 komen di N3 acik yang lepas
keputusan masih belum dibuat
nak bincang lagi dengan hero bongsu

semalam hero acik bercerita kisah hari guru 
dan makanan yang acik hantar.
kawan2 siap terkejut katanya.."mak ko yang masak semua?"
he he..geram dia bila ada yang tak percaya..

Jamuan dikatakan akan bermula jam 2 petang.
aimi pi solat dulu katanya.
bila masuk kekelas semula..macaroni goreng dan licin..
aimi dapat merasa mana yang tertinggal
 kat senduk aje..katanya
acik kata..tak pe la dik..adik kan dah selalu makan.

kisah kuah kacang dan rendang hancur tu
mulanya tak berapa nak dimakan..
dalam hati aimi kata..tak nak makan sudah..
sekali bila dah makan..sampaikan bila dah 
habis nasi impit nya
ada yang makan biskut oreo..cicah kuah kacang dia kata..
dan ada jugak kawan2 yang buka beg lagi..bila ditanya..
katanya nak cari rendang dan kuah kacang..padahal 
semua dah habis.
yang aimi tak sangka kuih bahulu,bila buka aje beg
kawan2 kata..apa tu..kuih bahulu
semua serbu katanya.semua suka,
acik pun sempat la kenakan hero..sebab mulanya dia tak bagi acik hantarkan kuih bahulu tu,
takut tak de yang nak makan.

sampai sini dulu..jumpa lagi,Insyaallah

Friday, May 25, 2012

APA YANG BEST DIJOHOR..

Assalamualaikum

Cuti sekolah dah bermula
hero bongsu dah balik

sebelum tu dia dah bagi tau..nak pi bercuti
tapi nak kemana ye..
bulan mac hari tu dah ke Kelantan dan Terengganu
Bulan Sebelas nanti dah rancang ke Utara

Katanya nak ke Johor
Johor kemana? nak tengok apa?
acik pun tak tau..sekolah2 dulu ada la jugak kerumah sedara di Johor Baharu tu.
kalau tidur di JB ada sekali masa ikut rombongan menghantar pengantin anak zino

selalunya setakat Air Hitam dah kerumah abang 
di Segamat je. 

Tak tau lagi lah.
nanti acik fikir fikir dulu.
Jumpa lagi,Insyaallah.

Wednesday, May 23, 2012

KUAH KACANG..KETUPAT SEGERA

Assalamualaikum
 Ketupat segera dah siap direbus
 Kuah kacang dah masak
Ayam pun dah  masak..hancur digodek hero yang sulong

kuih bahulu pun dah siap ditempah

Pagi esok tinggal nak goreng macaroni je

Semua yang dimasak ni untuk jamuan hari guru sekolah hero bongsu esok
untuk kelas katanya.Mintak maknya hantarkan kesekolah pagi2 esok.
setiap orang kena bawak makanan sendiri,
tapi biasalah hero acik tu,
mintak simpati.tak de yang  bawak makanan berat.
katanya..semua bawak kuih2 je.
mak boleh tak gorengkan macaroni..
hero bongsu mintak macaroni goreng je,
yang lain2 tu acik yang nak buatkan,
tambahan..semoga budak2 tu gembira dengan 
sambutan hari guru tu nanti.

Ok lah jumpa lagi,Insyaallah.